Kundasang dilanda gempa bumi

0
201
Gambar MetMalaysia

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan berlaku gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter di Kundasang, Sabah pada pukul 8.42 malam tadi.

MetMalaysia dalam satu hantaran di laman Facebooknya selepas gempa bumi berkenaan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku kira-kira 13 kimometer (km) barat dari Ranau, Sabah.

“Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar kawasan Kundasang dan Ranau.

“Bencana alam berkenaan tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia  dalam hantaran di laman Facebooknya semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here