Langgar SOP: Pemilik homestay kena kompaun RM20,000 di hari raya

0
758
Polis mengeluarkan kompaun terhadap pemilik sebuah inap desa dan 10 pelanggan kerana melakukan pelanggaran SOP. Gambar ihsan polis

KEPALA BATAS – Pemilik sebuah inap desa di sini dikenakan kompau sebanyak RM20,000 kerana gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga berlaku kesesakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemilik berusia 40 tahun itu dikompaun ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena hari raya pertama semalam.

Beliau berkata, turut dikompaun ialah 10 pelanggan dalam premis berkenaan.

“Selain itu, 10 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun turut dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP.

“Ada di antara mereka yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera, selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan satu hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, secara keseluruhan sebanyak 18 kompaun membabitkan jumlah RM88,000 dikeluarkan sepanjang operasi pematuhan yang dijalankan semalam kerana melanggar SOP PKP 3.0.

“Kompaun ini terdiri daripada mereka yang cuba merentas negeri dan melepak di kawasan tumpuan orang ramai.

“Polis daerah ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan terus akan menjalankan operasi pematuhan demi memastikan orang ramai mematuhi SOP.

“Polis bukan suka-suka untuk mengeluarkan kompaun tetapi ia demi menjaga kesihatan semua daripada terkena jangkitan Covid-19 yang kini dilihat makin membimbangkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here