Lapan lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

0
124
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Lapan buah sekolah lagi di negeri ini diarahkan tutup berikutan kewujudan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Kesemua sekolah yang diarahkan tutup itu terletak di daerah Rembau, Seremban, Tampin dan Port Dickson, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek kepada portal Utusan Online, hari ini.

Kata Mohamad Rafie, penutupan sekolah bermula hari ini dan esok itu membolehkan pejabat kesihatan daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

“Ini melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman (Gemas), SMK Gemas, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa II, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, SMK Mambau, Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong, SMK Dato’ Sedia Raja dan SK Dato’ Klana Putra,” katanya dalam satu kenyataan.

Penambahan lapan buah sekolah ini menjadikan sebanyak 54 buah sekolah telah diarahkan tutup di seluruh Negeri Sembilan sejak 22 April lalu.

Sementara itu, Mohamad Rafie turut menjelaskan, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan.

Bekiau menambah, sebanyak 14 sekolah yang diarahkan tutup sebelum ini juga dilanjutkan penutupannya iaitu SK Kompleks KLIA, SJKC Sino English, SJKC Sungai Salak dan SJKC Pei Hua Seremban, SK Si Rusa, SK Lavender Heights dan Sekolah Menengah Agama Rembau.

Turut dilanjutkan penutupan ialah SK Jimah Baru, SK Desa Cempaka, SMK Desa Cempaka, SK Taman Seri Mawar, SK Bandar Sri Sendayan, SK Sega dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tanah Merah yang masing-masing ditutup selama dua hari iaitu pada 3 hingga 4 Mei lalu.

Tambah beliau, SMK Seremban 2 yang merupakan sekolah pertama ditutup pada 22 April lalu juga akan terus ditutup sehingga 7 Mei depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here