Laporan palsu kehilangan IC meningkat

0
134

CYBERJAYA- Polis Selangor merekodkan peningkatan ketara kes laporan palsu kehilangan kad pengenalan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu jauh berbeza berbanding angka keseluruhan sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 60 kes.

Beliau berkata, daripada 168 laporan palsu itu, sebanyak 86 kes telah berjaya dituduh di mahkamah manakala 82 kes masih dalam siasatan polis.

Katanya, antara penyebab utama peningkatan laporan palsu dibuat adalah untuk mengelak bayaran denda yang dikenakan Jabatan Pendaftaran Negara bagi setiap kad pengenalan yang hilang sebab kecuaian.

“Penyebab utama laporan palsu dibuat adalah kerana denda yang dikenakan ke atas setiap kehilangan kad pengenalan. Tapi pengecualian denda diberikan ke atas kes jenayah seperti kecurian, ragut dan samun,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu demi kepentingan peribadi kerana kesahihan sesuatu laporan polis akan diketahui selepas siasatan terperinci dilakukan sama ada laporan tersebut benar atau rekaan semata-mata.

Tegasnya, individu yang membuat laporan palsu boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM 2,000 jika disabitkan kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here