Laungan takbir bergema di bumi Gaza, tanda kemenangan ke atas rejim Zionis

0
819
Rakyat Palestin di Gaza menyambut kemenangan mereka ke atas rejim Zionis hari ini

GAZA – Selepas 11 hari bertempur, akhirnya rejim Zionis terpaksa mengaku kalah dalam pertempuran berat sebelah dengan pejuang Palestin.

Dalam perkembangan terkini yang dilaporkan oleh rakyat Malaysia di Gaza, Nadir al-Nuri, rakyat Palestin di wilayah itu mula keluar dari rumah manakala pejuan Palestin pula keluar dari tempat persembunyian masing-masing dengan bertakbir bagi meraikan kemenangan ke atas rejim Zionis.

“Laungan takbir Allahuakbar bergema di seluruh Gaza pagi hari ini bagi meraikan kemenangan rakyat Palestin terhadap Israel.

“Inilah Gaza yang berkorban dengan Al-Aqsa, inilah Gaza yang berdepan dengan Zionis. Gaza berjuang bukan untuk Gaza tetapi untuk seluruh umat Islam.

“Walaupun dron Israel masih menggila di langit Gaza, mereka akhirnya tahu telah tumbang selepas akur dengan syarat dikenakan oleh bridget Izzudin al-Qasam,” katanya dalam sesi Live Facebook pada pukul 3 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).

Rejim Zionis akur dengan kekalahan mereka selepas diberi amaran akan menyaksikan kemusnahan lebih dahsyat di negara haram Israel

Malakat Tribune awal pagi tadi melaporkan bahawa Hamas dan Israel setuju untuk melakukan gencatan senjata selepas bertempur selama 10 hari dan menyebabkan banyak kemusnahan tidak dijangka di pihak Zionis.

Malah bridget Izzudin al-Qasam turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan lebih dahsyat sekiranya Israel gagal mematuhi syarat gencatan senjata itu.

Dalam pada itu, Nadir berkata, bagi meraikan hari kemenangan itu, semua rakyat di Gaza telah bersiap dengan pakaian hari raya untuk meraikan kemenangan mereka menewaskan tentera Zionis.

Katanya, walaupun sedang berduka kerana kehilangan keluarga, rumah dan harta, ia tetap disambut dengan gembira kerana berjaya menewaskan kuasa besar dunia itu.

Pada masa sama, Nadir turut meminta umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia untuk terus menyokong rakyat Palestin kerana peperangan tersebut bukan yang terakhir.

“Satu titik di peta dunia akhirnya berjaya tewaskan kuasa besar. Kita yakin peperangan akan datang ialah pembebasan dan peperangan akan datang akan membawa kita terus ke Al-Aqsa.

Kemusnahan yang berlaku di pihak Zionis selepas bangunan mereka dibedil pejuang Palestin

“Kemenangan hari ini ialah kemenangan yang ditunggu-tunggu selepas 11 hari. Wisel penamat suah ditiup dan yang kalah ialah Zionis,” katanya dalam nada sangat gembira.

Sementara itu, Nadir juga meminta umat Islam terus membantu Gaza untuk membangunkan negara tersebut dan yang paling penting untuk pejuang Palestin menghadapi peperangan pada masa akan datang dengan rejim Zionis.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here