Lebih 20 rakyat Palestin maut diserang Israel di Gaza

0
385
Serangan Israel di Gaza menyebabkan ramai rakyat Palestin yang maut

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin di Gaza maut dalam serangan udara oleh rejim Israel semalam, menurut pegawai Kesihatan Gaza.

Serangan ganas oleh rejim Israel itu dibuat selepas pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah Jerusalem.

Memetik laporan Reuters, menurut jurucakap tentera Israel, serangan itu dibuat ke atas Gaza selepas pejuang Palestin menyerang Jerusalem untuk pertama kali sejak perang pada 2014.

Menurut tentera Israel lagi, kira-kira 150 roket dilancarkan ke arah Israel, dengan berpuluh-puluh roket telah berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Israel.

Letupan besar yang berlaku susulan serangan udara ke arah Gaza oleh Israel

Ketegangan di antara Palestin dan Israel memuncak selepas pasukan keselamatan Israel melakukan serangan terhadap pengganut Islam yang sedang bersolat di akhir Ramadan di Masjid al-Aqsa.

Dalam pertembungan dengan polis Israel itu, lebih 300 rakyat Palestin mengalami kecederaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here