Lebih 200 rumah rosak teruk, musnah di Gaza

0
165

GAZA CITY – Serangan udara dan bedilan artileri rejim Israel telah memusnahkan atau merosakkan lebih daripada 200 buah rumah, dan merosakkan 24 buah sekolah di Gaza.

Laporan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusian (OCHA), hari ini, kata portal al-Jazeera.

Kata agensi itu, serangan Israel telah memberi kesan kepada bekalan air, sanitasi dan perubatan termasuk bantuan melibatkan Covid-19.

“Sebagai contoh, Pusat Penyulingan Air Laut di utara Gaza tidak dapat beroperasi menyebabkan bekalan air minum kepada kira-kira 250,000 penduduk terjejas.

“Sementara itu, lebih 230,000 lagi penduduk di Gaza City dan Khan Younis mempunyai bekalan air pai yang terhad berikutan gangguan tenaga elektrik dan pai saliran yang musnah,” kata OCHA.

OCHA merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bertanggung jawab memantau hal ehwal kemanusiaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here