Lebih 200,000 kenderaan rentas negeri ketika Aidilfitri, punca kluster hari raya meningkat

0
206
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lebih 200,000 kenderaan telah dibenarkan melepasi sekatan jalan raya (SJR) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu dengan pelbagai alasan diberikan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini selepas terdapat individu yang menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pulang berhari raya.

“Saya dimaklumkan oleh polis ada yang menggunakan surat rentas negeri yang dikeluarkan oleh MITI dan, ada juga yang membuat laporan berlakunya kecemasan di kampung mereka.

“Jadi mungkin ada yang terlepas pulang walaupun tak sepatutnya surat itu digunakan masa hari raya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ismail Sabri berkata, disebabkan faktor itu banyak kes kluster baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan sejak kebelakangan ini.

“Selepas hari raya banyak kluster hari raya dilaporkan dan banyak kes melibatkan kematian dalam keluarga mereka.

“Bila kerajaan buat sekatan kita sudah mendapat laporan daripada Kementerian Kesihatan mengenai jangkaan yang akan berlaku kalau kita buka perjalanan rentas negeri. Dan Dr Noor Hisham telah memberitahu kalau kita buka juga rentas negeri dan benarkan ziarah Aidilfitri kes harian mungkin menjangkau 13,000 ke 15,000 kes sehari.

“Walaupun apa yang diunjurkan ini tidak berlaku, tetapi ramai yang bersedih selepas hari raya susulan ramai ahli keluarga mereka menjadi mangsa Covid-19,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here