Lelongan keris Timb Menteri Besar Kelantan untuk Palestin kumpul RM42,500

0
152
Keris-keris yang dimiliki Mohd Amar.

KOTA BHARU -Bidaan keris-keris milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk tabung rakyat Palestin berjaya mengumpul RM42,500.

Perkara tersebut diongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu menerusi hantaran laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Mohd Amar berkata, jumlah bidaan itu adalah RM17,000 untuk keris pertama manakala yang kedua berharga 9,000 dan ketiga RM6,500.

Tambahnya, proses pembayaran juga telah dilakukan oleh pembida dan sudah pun dimasukkan ke dalam akaun Cakna Palestin untuk urusan selanjutnya.

“Setelah tamat tempoh lelongan dan bidaan selama 24 jam iaitu pada Selasa, jam 6 pagi, sebanyak RM42,500 berjaya dikumpulkan.

“Seorang pembida yang tidak berjaya juga menyatakan untuk terus menyumbang sebanyak RM10,000,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, nama mereka yang berjaya membida akan diumumkan dalam satu majlis ringkas pada Khamis.

Salah satu keris yang dilelong oleh Mohd Amar.

Katanya, bidaan amal keris ini merupakan salah satu tarikan dan usaha menggiatkan kempen #Aid4Palestine.

“Kita semua boleh terus menyumbang dalam pelbagai bentuk dan saluran. Semoga mendapat keberkatan,” katanya.

Mohd Amar pada 15 Mei lalu membuka bidaan keris-keris miliknya di Facebook dengan kutipan wang akan disalurkan kepada tabung membantu Palestin.

“Saya berhasrat untuk melepaskan beberapa koleksi saya untuk tujuan amal dana Palestin. Antaranya ialah sebilah Keris Melela Lok 5 hasil tukang Kelantan (Arwah Stopa), bertatah perak, lok cun, hulu pipit teleng, serta gelang dan kasut putih.

“Seratus peratus hasil lelongan ini akan didermakan kepada #Aid4Palestine. Insya Allah. Semoga dipermudahkan,” katanya.

Salah satu keris yang dilelong oleh Mohd Amar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here