LHDN edar juadah berbuka puasa kepada petugas media Malakat Tribune

0
162
Sharaimei (kanan) menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada wakil LHDN

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif hari ini menyampaikan juadah berbuka puasa kepada petugas portal berita Malakat Tribune di sini.

Menurut Eksekutif Hasil Kanan II, Norizan Ismail, program itu merupakan salah satu inisiatif program menyantuni petugas media yang telah banyak memberikan sokongan kepada agensi tersebut.

“Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan menjadi medan terbaik bagi mengukuhkan hubungan kerja antara pihak media dan LHDN,” katanya.

Terdahulu, Malakat Tribune yang diwakili oleh Ketua Pengarangnya, Sharaimei Shaik Ahmedullah menerima juadah berbuka puasa itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Hanana Group Sdn Bhd, Norfazlin Abd Ghafar yang juga merupakan katerer yang dilantik oleh LDHN.

Sementara itu, Sharaimei mengucapkan terima kasih kepada LHDN di atas sumbangan juadah berbuka puasa itu.

Katanya, walaupun portal Malakat Tribune masih baharu berbanding media lain, keprihatinan dan ingatan LHDN yang merupakan antara agensi penting dalam kerajaan sangat dihargai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here