LHDN ubah waktu operasi sepanjang tempoh lockdown penuh

0
100

Gambar hiasan

CYBERJAYA – Bermula esok semua Kaunter Setempat (Perkhidmatan Percukaian) dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan di Pejabat Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup berikutan pelaksanaan lockdown penuh di seluruh negara.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, turut ditutup adalah semua Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pejabat LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Untuk Kaunter Duti Setem di Pusat Setem Cawangan (PSC) akan beroperasi berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan urusan temu janji sahaja.

“Janji temu dibuka kepada pelanggan dan pembayar duti individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) sahaja. Semua permohonan janji temu untuk urusan duti setem boleh dilakukan melalui e-mel atau panggilan telefon kepada Pejabat Setem Cawangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bagi Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching akan beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Sementara perkhidmatan telefon dan HASiL Live Chat pula akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh menghubungi LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat.

Selain itu, mereka juga boleh berhubung melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here