Lima syarat jika mahu ‘total lockdown’- MB Selangor

0
1657
Datuk Seri Amirudin Shari b

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor menggariskan lima inisiatif yang perlu dipertimbangkan sekiranya ‘total lockdown’ dilaksanakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut termasuk moratorium automatik untuk golongan yang terjejas.

“Kerajaan Negeri tidak menolak pelaksanaan ‘total lockdown’ namun menggesa pelaksanaannya turut mempertimbangkan lima inisiatif untuk rakyat.

“Antaranya moratorium automatik untuk golongan yang terjejas. SOP yang jelas dan tidak mengelirukan, ‘mass testing’ menyeluruh untuk menghentikan penularan wabak dan pelaksanaan PDPR yang cekap.

“Ini amat penting bagi menjamin kelangsungan kehidupan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Turut dilampirkan dalam hantaran berkenaan ialah poster yang memaparkan lima inisiatif yang perlu dilaksanakan sekiranya ‘total lockdown’ ingin dilaksanakan.

Berikut adalah lima inisiatif yang dinyatakan:

1.MJoratorium automatik haruslah diberikan

2.Pelaksanaan sistem pembelajaran di rumah yang cekap

3.Bantuan kewangan secara langsung kepada B40

4.SOP yang jelas dan tersusun serta pelaksanaan ‘exit plan’ yang tidak terburu-buru

5. ‘Mass Testing’ secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here