Lori bantuan kemanusian mula memasuki Gaza

0
132
Bantuan kemanusiaan mula memasuki Gaza seleps genjatan senjata semalam

GAZA – Bantuan kemanusiaan mula memasuki ke kawasan Semenanjung Gaza selepas pengumuman gencatan senjata Israel dan pejuang Hamas selepas pertempuran selama 11 hari.

Konvoi lori membawa bantuan seperti makanan, ubat-batan dan bahan api kelihatan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom, selepas ia dibuka semula oleh rejim zionis Israel.

Menurut laporan AFP, Dana Bantuan Kecemasan Pusat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memperuntukkan AS$18.5 juta (RM76.6 juta) untuk bantuan kemanusiaan itu.

Semalam, Hamas dan Israel mengumumkan gencatan senjata bermula jam 2 pagi.

Serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza selama tempoh 11 hari itu menyebabkan seramai 248 penduduk Gaza terkorban, termasuk 66 kanak-kanak, sejak 10 Mei lalu.

Ia turut menyebabkan 1,948 orang cedera, menurut kementerian kesihatan.

Serangan juga menyebabkan kemusnahan bangunan apabila bangunan runtuh dan 120,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat perlindungan, menurut Hamas.

Di pihak Israel, angka korban direkodkan 12 orang, termasuk seorang kanak-kanak, seorang remaja dan askar Israel, selain seorang rakyat India dan dua warganegara Thailand.

Selain itu, seramai 357 orang cedera di kawasan dikuasai Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here