Makan Roti John Lauk ‘Stambung’, suri rumah menang duit raya RM1,000

0
94
Nurismalis Shafika (kanan) menerima hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai RM1,000.

KETEREH- Seorang suri rumah mendapat durian runtuh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila menerima hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai RM1,000.

Suri rumah yang dikenali sebagai Nurismalis Shafika itu mendapat ‘rezeki raya’ selepas namanya terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah anjuran Warung Raysha.

Pemilik Warung Raysha, Nurul Amira Supian berkata, Nurismalis merupakan pemenang cabutan bertuah anjuran kedainya untuk pembelian ‘Roti John Lauk Stambung’.

“Cabutan bertuah dianjurkan sempena Ramadan kali ini dan ia terbuka kepada pelanggan yang membeli Roti John Lauk Stambung yang dijual di semua rangkaian kedai kami.

Peraduan cabutan bertuah yang dimenangi oleh Nurismalis Shafika

“Tujuan utama kami anjurkan peraduan ini ialah untuk berkongsi rezeki atau sebagai ‘duit raya’ kepada pelanggan setia yang memberi sokongan kepada kami.

“Insya-Allah, pertandingan ini akan diteruskan pada masa datang sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune.

Menurut Nurul Amira, selain pelanggan bertuah, pihaknya turut membuat cabutan untuk pekerja bertuah dan juga stall bertuah yang dibuat secara telus dan adil.

Sementara itu, Nurismalis di laman Facebooknya memaklumkan dia sangat terkejut dan tidak menyangka namanya terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah itu.

Roti John Lauk Stambung di Warung Raysha

“Sujud syukur kepadamu ya Allah…memang terkejut, ya Allah tidak sangka akan terpilih, masih menggigil,” katanya selepas dimaklumkan sebagai pemenang.

Selain Roti John Lauk Stambung, Warung Raysha yang terletak di Jalan Tok Akil di Ketereh juga popular dengan menu Mi Celup Lauk Stambung dan pelbagai menu lain lagi.

Selain boleh membuat pembelian secara terus di kedai, Warung Raysha juga turut menyediakan kaedah ‘cash on delivery’ (COD) dan penghantaran dbuat mengikut waktu diminta pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here