[VIDEO] Malakat Eco wujudkan platform Sadaqah Market

0
88
Mohd. Fadzil Hashim ketika berucap melancarkan platform Sadaqah Market di Malakat Mall hari ini.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco hari ini secara rasmi melancarkan platform Sadaqah Market iaitu program khidmat masyarakat di bawah Yayasan Brainy Bunch dan Malakat Mall.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, platform Sadaqah Market sebenarnya telah diwujudkan lebih setahun lalu dan hanya dilancarkan secara rasminya pada hari ini.

Malakat Eco wujudkan platform Sadaqah Market

Beliau berkata, platform berkenaan antara lain akan memudahkan orang ramai untuk bersedekah selain mereka yang berdepan musibah juga akan mendapat sumbangan.

“Platform Sadaqah Market merupakan inisiatif terbaharu Malakat Eco untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, madrasah, masjid dan sebagainya.

Antara kempen di Sadaqah Market

“Apabila kita membantu saudara Islam, Allah akan bantu kita semula. Jadi kewujudan platform ini dapat mempermudahkan kita untuk membuat amalan terbaik dengan bersedekah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran platform Sadaqah Market di Malakat Mall hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Abdul Salam Zulkarnain.

Menurut Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil, melalui platform Sadaqah Market di www.sadaqahmarket.com orang ramai boleh memilih untuk memberi sumbangan kepada siapa.

“Orang ramai ada pilihan, pergi ke laman web Sadaqah Market dan pilih projek mana yang ingin dibantu kerana kita ada pelbagai pihak yang telah memohon untuk bantuan-bantuan ini.

“Apa yang menarik, mereka yang memerlukan bantuan juga boleh menggunakan platform ini untuk mengumpulkan dana. Seperti sekolah tahfiz, bantuan keluarga dan juga anak-anak.

Adik Nur Arlisa Damya Muhamad Dinnie menerima sumbangan melalui platform Sadaqah Market sebanyak RM14,645 untuk menampung kos pembedahannya pada minggu hadapan.

“Mereka yang memerlukan ini hanya perlu isi borang secara dalam talian dan ‘team’ kami akan membantu untuk buat kempen sadaqah untuk diletakkan di platform Sadaqah Market.

“Jadi, boleh uar-uarkan mengenai platform Sadaqah Market ini kerana ianya adalah percuma, kita tidak ambil sebarang caj keuntungan. Hanya caj minima traksaksi bank sahaja,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu juga turut disampaikan Dana Infaq Noriba sebanyak RM15,355.25, sumbangan kepada pesakit kanser usus RM5,330 dan sumbangan pembedahan Nur Arlisa Damya Muhamad Dinnie sebanyak RM14,645.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here