Malakat Mall Masjid Tanah akan lebih berjaya dalam masa setahun lagi

0
254
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima replika Malakat Mall Masjid Tanah dari Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

MASJID TANAH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin Malakat Mall Masjid Tanah akan bertambah maju dalam masa setahun akan datang.

Ab Rauf yang juga merupakan Ketua UMNO Masjid Tanah berkata, kejayaan Malakat Mall Masjid Tanah akan menyaksikan Melayu juga boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

“Saya yakin (jika) di Masjid Tanah jadi ukuran, setahun lagi Malakat Mall ini akan ditambah baik dengan terokai produk baharu kita dapat lihat Melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melihat barangan yang dijual di Malakat Mall Masjid Tanah

“Kita berikan persaingan sihat…bukan nak runtuhkan perniagaan (bangsa lain) tetapi kita kongsi ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh bangsa-bangsa lain.

“Saya percaya Malakat Mall Masjid Tanah ini akan lebih berjaya, orang-orang kawasan sekitar (Masjid Tanah) boleh datang ke sini untuk kita sama-sama memberi sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Selain itu, Ab Rauf turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim kerana berjaya ambil alih bangunan Malakat Mall Masjid Tanah.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika majlis perasmian program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

“Terima kasih dan tahniah kepada Mohd Fadzil kerana berjaya ambil bangunan yang sebelum ini di kenali M Mall, dahulu masyarakat setempat panggil bangunan ini Melayu Mall.

“Allah jodohkan Malakat Mall dibangunkan di Masjid Tanah yang dimiliki oleh anak bangsa kita sendiri, jadi pandangan orang di sini (Masjid Tanah) terhadap Malakat Mall sangat tinggi,” katanya.

Menurut Ab Rauf, beliau menyifatkan Malakat Mall dan UMNO Masjid Tanah merupakan rakan yang sedang menunggu kejayaan  dan peluang itu seharusnya diberikan perhatian.

Ab Rauf berkata, pengasas Malakat Mall perlu membuat kajian untuk membawa produk-produk tempatan ke Malakat Mall Masjid Tanah untuk menarik minat warga tempatan.

Program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

“Kita ada saingan orang ‘belakang’ yang dapat raih sehari sehingga RM500,000. Mereka guna peluang untuk ubah orang Masjid Tanah agar berbelanja di tempat mereka.

“Kena buat kajian, di setiap kampung di sini ada produk seperti bahulu warisan…kita juga ada pantai pesisir yang ada lima jeti nelayan yang bawa hasil baharu setiap hari.

“Kalau ada kerjasama…letak di sini (Malakat Mall Masjid Tanah) akan jadi pilihan. Banyak lagi produk di Masjid Tanah yang boleh lihat…misalnya pengusaha tapai moden iaitu Sarimah Tapai.

“Produk ini (Sarimah Tapai) kena bawa masuk ke sini…kilang dia hanya 2 kilometer dari Malakat Mall. Insya-Allah selepas ini akan lebih berjaya dan saya juga alu-alukan Malakat Mall yang dibuka oleh orang kita di Masjid Tanah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here