
CYBERJAYA – Malakat Mall terus mengorak langkah dengan mewujudkan kedai yang menjadi tarikan agar pelanggan terus membanjiri pusat beli belah itu.
Terbaharu, Malakat Toys Warehouse akan dibuka kepada pelanggan bermula esok dengan lebih 1,000 jenis permainan semua peringkat umur kanak-kanak.
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kedai permainan itu mungkin yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 4,000 kaki persegi.
“Alhamdulillah, Malakat Toys Warehouse kedai yang paling cepat yang kita buat di Malakat Mall, mungkin yang terbesar dengan 4,000 kaki persegi.
“Kedai akan mula beroperasi pada raya ketiga iaitu Sabtu, Insyallah semuanya sudah bersedia dengan lebih 80 peratus barang sudah dibawa masuk.

“Sebenarnya, ini adalah antara usaha kita untuk kempen pindah belanja, jika dahulu beli permainan di syarikat asing, kini boleh datang beli di Malakat Mall.
“Boleh dikatakan, semua jenis permainan ada di Malakat Toys Warehouse ini, jadi sila datang,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune baru-baru ini.

Mengulas mengenai harga, Mohd. Fadzil Hashim berkata, Malakat Toys Warehouse menawarkan harga mampu milik kepada pelanggan.
“Harga yang ditawarkan setara dengan mana-mana tempat yang menjual secara pukal atau lambak. Cuma yang bezanya kita jual dalam ‘mall’ sahaja.

“Mungkin sebelum ini, ada yang pergi beli di GM Klang, dapat harga murah. Sekarang beli di Malakat Mall juga dapat pada harga yang sama.
“Sebenarnya, harga juga bergantung kepada jenis permainan yang kita mahukan, kita tawarkan harga berpatutan dengan kualiti terbaik,” katanya.