Malaysia desak dunia kecam, bertindak terhadap kekejaman Israel

0
218
Orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman rejim Israel

CYBERJAYA – Malaysia mendesak negara di seluruh dunia bersama-sama bangun membantah kekejaman yang dilakukan rejim Israel terhadap Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana dengan hanya berdiam diri dengan kekejaman Israel bukan lagi caranya.

“Pendirian tegas Malaysia ini mesti disokong seluruh masyarakat dunia.

“Berdiam diri dengan kekejaman Israel bukan lagi caranya. Semua pihak mesti menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat. Malaysia akan terus bersama Palestin,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak apabila rejim Zionis itu menyerang umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa.

Dalam serangan itu, berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera selepas diserang dengan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan oleh tentera dan polis rejim Zionis.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengutuk kekejaman Israel terhadap umat Islam yang tinggal di negara haram itu.

“Israel terlalu angkuh, belum reda kemarahan umat Islam susulan pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa, mereka terus bertindak zalim dengan melancarkan serangan udara semalam yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam Palestin termasuk kanak-kanak.

“Perbuatan terkutuk ini amat melampau, tidak berperikemanusiaan serta secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa.

“Lebih mendukacitakan, ia dilakukan ketika umat Islam sedang memaknai Ramadan dan bersedia menyambut Syawal esok. Kebiadaban ini sangat tidak menghormati Islam dan umatnya,” tegasnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here