Malaysia kecewa sikap membisu Majlis Keselamatan PBB terhadap kekejaman Israel

0
85
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

CYBERJAYA – Malaysia melahirkan perasaan kecewa dengan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin meskipun telah bersidang sebanyak tiga kali.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang gagal untuk mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan.

“Untuk itu, Malaysia menyaran Majlis Keselamatan PBB melaksanakan segera tiga gesaan iaitu dengan bertindak segera dan memikul tugasnya yang termaktub di bawah Piagam PBB;

“Majlis Keselamatan PBB juga hendaklah tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh rejim Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, perkara paling penting ialah Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia bersama Indonesia dan Brunei turut mendesak Perhimpunan Agung PBB untuk segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan kekejaman dan penjajahan Israel di Palestin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here