Malaysia mahu Israel dihukum di atas kekejaman terhadap umat Islam Palestin

0
112
Tentera rejim zionis bertindak biadab dengan menyerang umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa baru-baru ini

CYBERJAYA – Malaysia menggesa supaya rejim Israel di bawa ke muka pengadilan di atas jenayah dan kezaliman yang dilakukannya terhadap umat Islam yang sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih menjengkelkan, ini bukan kali pertama pihak Israel bertindak zalim dan menghina umat Islam seperti ini.

“Malaysia bukan sahaja mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban ini malah mahu Israel dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

“Pendirian Malaysia tidak akan berganjak, doa dan sokongan akan terus mengiringi perjuangan rakyat Palestin sampai bila-bila.

“Semoga pihak yang melakukan kezaliman terhadap negara dan rakyat Palestin, diberi azab pembalasan setimpal oleh Allah SWT,” katanya hari ini.

Sabtu lalu rakyat Palsetin yang menunaikan solat di akhir-akhir Ramadan diserang oleh tentera dan polis rejim zionis.

Berpuluh-puluh umat Islam mengalami kecederaan akibat serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan bahawa Malaysia akan terus berjuang bersama Palestin.

Namun begitu, katanya, ia tidak boleh menjadi perjuangan negara sahaja dan mesti menjadi perjuangan sejagat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here