Malaysia tetap berdiri teguh bersama Palestin

0
432
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Malaysia mengulangi pendirian untuk terus bersama-sama Palestin yang sedang ditindas dan diserang dengan teruk oleh rejim Zionis.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak juga mesti menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat.

“Ramai saudara mara kita di sana yang cedera dan hilang nyawa tetapi yang paling menyentuh hati, takbir raya mengagungkan Allah SWT tetap kedengaran.

“Kuat semangat dan kental jiwa mereka walau dizalimi Israel. Kebiadaban ini sangat tidak menghormati Islam dan umatnya.

“Semua pihak mesti menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat. Malaysia akan terus bersama Palestin,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu beliau berkongsi satu video yang menunjukkan kemusnahan teruk di Gaza akibat diserang oleh rejim Zionis.

Sejak rejim tersebut melancarkan serangan udara ke atas penduduk Gaza, sekurang-kurangnya 119 penduduk tidak berdoasa maut dibedil.

Antaranya yang menjadi mangsa kekejaman Israel ialah 27 kanak-kanak dan 11 wanita.

Selain itu, sekurang-kurangnya 600 orang mengalami pelbagai kecederaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here