Malaysia tetap mahu Israel bertanggungjawab di atas kekejaman dilakukan

0
76
Sebuah masjid rosak teruk selepas diserang rejim Zionis

CYBERJAYA – Meskipun Israel dan pejuang Palestin melakukan gencatan senjata awal pagi hari ini, Malaysia tetap mahukan rejim Zionis itu bertanggungjawab terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehubungan itu masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan mendesak rejim Zionis menghentikan segera penjajahan mereka ke atas Palestin.

“Pendirian Malaysia jelas, semua pihak yang terlibat harus menghormati dan mematuhi genjatan senjata ini. Ambil kesempatan daripada genjatan senjata ini untuk kurangkan ketegangan serta mencari jalan penyelesaian yang aman dan berpanjangan.

“Namun masih banyak perlu dilakukan. Paling utama, masyarakat antarabangsa tidak boleh terus melupakan penderitaan rakyat Palestin dan mesti terus mendesak Israel untuk hentikan segera penjajahan mereka di Palestin.

“Malaysia juga mahu Israel berhenti mencabuli undang-undang antarbangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Malaysia juga memberi komitmen untuk membantu dan dan menyokong inisiatif membina semula satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza yang di-bom pihak Israel.

Selain itu, katanya, fokus juga terarah kepada usaha bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula di Gaza.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here