Malaysia tingkat tahap keselamatan susulan ancaman Israel

0
675
Datuk Seri Hamzah Zainudin

CYBERJAYA – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Malaysia mengambil serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular laporan sebuah portal berita luar negara yang memetik laporan televisyen Israel bahawa Malaysia merupakan salah satu negara selain Turki, Qatar dan Iran.

Ciapan yang tular mengenai ancaman Israel terhadap Iran, Turki, Qatar dan Malaysia

Dalam pada itu, Hamzah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

Pada masa sama, Hamzah turut mengulangi pendirian tegas negara untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here