Maqis Selangor rampas 150kg benih belut

0
75
Benih belut yang dirampas Maqis Selangor pada Isnin lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas benih belut, Anguilla bicolor seberat 150 kilogram (kg) pada Isnin lalu.

Benih belut yang bernilai lebih RM60,000 itu cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, rampasan itu dilakukan ketika operasi di gudang kawasan karg0 KLIA kira-kira pukul 9 pagi.

“Benih belut seberat 150 kg bernilai RM61,612.50 itu didapati tidak mempunyai Permit Eksport Maqis selain Sijil Kesihatan Perikanan yang dikemukakan adalah palsu.

“Kesalahan mengeksport dagangan hasil perikanan tanpa mempunyai Permit Eksport adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit salah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here