MB nafi Selangor tolak cadangan ‘total lockdown’

0
90
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan kerajaan negeri menolak cadangan pelaksanakaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.

Amirudin berkata, cadangan pelaksanaan PKP secara menyeluruh itu perlu dilihat secara holistik dan kesan sampingan kepada rakyat negeri berkenaan.

“Adalah kurang tepat mengatakan Selangor menolak cadangan PKP menyeluruh kerana kuasa untuk melaksanakan tindakan itu hanya boleh diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Isunya bukan kita menolak tetapi kita perlu melihat secara keseluruhan dan tujuannya. Jika tujuannya mahu menghentikan penularan, kita perlu banyakkan ujian saringan, jika tidak jangkitan akan berkumpul di dalam rumah.

“Begitu juga jika tujuannya untuk mempercepatkan vaksin, kita kena laksanakan program vaksinasi dengan pantas. Malah kita kena melihat juga golongan terpinggir dan semua pihak terbabit…adakah mereka ini sudah bersedia dengan penutupan penuh, adakah semua tenaga mencukupi.

“Kita tidak mahu terperangkap dalam keputusan yang dilakukan yang akhirnya menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Menurut Amirudin, kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan tertentu kepada MKN sekiranya penutupan penuh dilaksanakan di negeri itu, dalam mesyuarat esok atau Jumaat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here