Media sosial gergasi dunia mula berat sebelah

0
1523
Ratusan kandungan yang bertanda pagar Sheikh Jarrah dipadam oleh Instagram dan Twitter.

CYBYERJAYA – Kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza ‘dilenyapkan’ secara terancang oleh platform media sosial utama seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Dengan menggunakan alasan dan dasar bahawa kandungan berkaitan serangan itu tidak sesuai untuk tatapan umum, saluran media sosial itu tidak lagi memaparkan video-video berita yang berlaku di Palestin.

Sekatan siber itu bukan sahaja dilakukan terhadap sebahagian besar kandungan yang ditanda pagar dengan perkataan Gaza, Palestin dan Hamas bahkan akaun-akaun rakyat Palestin juga banyak yang ditutup dan tidak dapat diakses.

Tembelang Israel untuk menutup kebenaran dan berlagak sebagai mangsa di mata dunia itu bagaimanapun pecah apabila akaun penyokong Palestin di luar negara itu turut ditutup.

Alasan yang dikemukakan oleh Instagram berkaitan pemadaman video berkaitan Palestin.

Tindakan syarikat gergasi media sosial itu tenyata satu langkah berat sebelah dan bagi penduduk Palestin ia sudah tentu satu lagi berita sedih.

Wartawan Palestin, Maha Razeq berkata, sebahagian daripada kandungan yang dimuat naik dan telah dipadam di Facebook adalah mengenai rampasan hak tanah di Sheikh Jarrah yang dengan jelas menunjukkan pengakuan bersalah penduduk Israel.

“Video-video yang saya kongsikan adalah pengakuan, testimoni dan temubual dengan orang ramai termasuk penduduk Israel. Tiada darah atau kekejaman tapi tetap ia dipadamkan.

“Kami bukan sahaja dihalau dari tanah air kami, kami dibunuh seolah-olah tiada nilai pada nyawa kami. Kini kami dinafikan hak untuk berkongsi apa yang berlaku kepada dunia,” katanya kepada Arab News.

Penulis Palestin, Mohammad El-Kurd berkata, dia menerima amaran penutupan akaun Facebooknya selepas memuat naik video keganasan di Sheikh Jarrah.

Kandungan itu katanya sebahagian daripada 57 hantaran di laman Facebooknya yang diputar belit sebagai menyalahi garis panduan komuniti.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here