Melaka jadi tumpuan Kumpulan Malakat untuk perluaskan rangkaian Malakat Grocer

0
304
Mohd Fadzil Hashim ketika berucap dalam program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah hari ini

MASJID TANAH – Melaka akan menjadi tumpuan utama Kumpulan Malakat bagi memperluaskan lagi rangkaian Malakat Grocer.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tumpuan itu diberikan susulan sambutan hangat orang Melaka kepada Malakat Mall Masjid Tanah.

Beliau berkata, Kumpulan Malakat sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana individu yang ingin menjadi rakan usahawan bagi Malakat Grocer.

MInyak masak percuma dengan setiap pembelian RM30 dan RM50 di Malakat Mall Masjid Tanah.

“Kita mendapat sokongan luar biasa di Malakat Mall Masjid Tanah, oleh sebab itu, kita akan memberi fokus untuk pembukaan Malakat Grocer di Melaka terlebih dahulu.

“KIta bangunkan jenama ini, jika ada usahawan dan mana-mana inividu mahu menjadi rakan usahawan kita alu-alukan. Sekarang kita ada lapan Malakat Grocer.

“Jika ada usahawan yang berminat boleh datang jumpa kita untuk bincang kerjasama, sasaran kita dalam masa terdekat ialah untuk sediakan apa yang Melaka mahukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah di pusat beli belah berkenaan hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merasmikan program Gerobok Rezeki anjuran UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga merupakan Ketua UMNO Masjid Tanah.

Sementara itu, mengulas prestasi jualan Malakat Mall Masjid Tanah, Mohd Fadzil berkata, pihaknya mencatat jualan sebanyak RM1.2 juta pada bulan pertama.

“Pada bulan pertama dibuka, kami catat jualan sebanyak RM1.2 juta. Ia mungkin disebabkan kedai baharu dibuka dan sebagainya.

“Kita menyasarkan 10,000 keluarga berbelanja setiap bulan di Malakat Mall Masjid Tanah dengan sasaran jualan RM3 juta sebulan untuk sektor grocer sahaja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here