Menakutkan! Kes harian Covid-19 kini melepasi angka 8,000

0
90
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Seperti yang diramalkan, kes harian Covid-19 terus meningkat mendadak dan melepasi angka 8,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini sebanyak 8,290 kes baharu dilaporkan.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadikan kes kumulatif kini mencecah 549,514 kes.

Berikut adalah pecahan kes bagi setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
KL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705)
Kelantan – 851 (25,574)
Negeri Sembilan – 520 (24,686)
Perak – 405 (19,895)
Kedah – 544 (17,555)
Melaka – 380 (11,192)
Pahang – 254 (8,903)
Terengganu – 207 (8,164)
Labuan – 6 (3,170)
Putrajaya – 44 (1,822)
Perlis – 8 (473)

Rabu lalu, negara buat pertama kali mencatat kes melebihi angka 7,000 dengan sebanyak 7,289 kes dilaporkan.

Kes jangkitan baharu terus meningkat selepas itu dengan masing-masing 7,478 dan 7,857 kes dilaporkan kelmarin dan semalam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here