[VIDEO] Minyak masak percuma di Malakat Mall Masjid Tanah

0
89
Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan minyak masak kepada pelanggan di Malakat Mall Masjid Tanah hari ini

MASJID TANAH – Para pelanggan Malakat Mall Masjid Tanah berpeluang untuk mendapatkan minyak masak secara percuma satu atau dua kilogram dengan pembelian minima RM30 dan RM50 di pusat beli belah berkenaan.

Pemberian minyak masak percuma yang bermula hari ini sehingga Hari Raya Aidilfitri itu merupakan program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) Gerobok Rezeki UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah.

Minyak masak PERCUMA buat pengunjung Malakat all Masjid Tanah

Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, program itu memberi peluang kepada pelanggan Malakat Mall mendapatkan minyak masak percuma dengan pembelian sempena Ramadan dan menjelang Syawal nanti.

“Hari ini, UMNO Masjid Tanah ingin berkongsi rezeki melalui program Gerobok Rezeki. Melalui program ini, kita beri peluang kepada para pelanggan yang datang ke Malakat Mall untuk mendapatkan minyak masak secara percuma.

Program Gerobok Rezeki merupakan CSR bagi UMNO Masjid Tanah

“Para pelanggan akan mendapat sekilogram minyak masak dengan pembelian RM30 dan dua kilogram minyak masak dengan pembelian RM50. Program bersama Malakat Mall ini sebagai tanda kita meraikan kedatangan pusat beli belah ini ke Masjid Tanah.

“Kita menyedari bahawa pada Ramadan dan juga menjelang Syawal ini, para pelanggan akan berbelanja besar sedikit. Jadi, saya berharap penduduk sekitar dapat datang ke Malakat Mall untuk berbelanja dan dapat minyak percuma,” katanya.

Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut melawat ruang jualan di Malakat Grocer Malakat Mall Masjid Tanah

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Gerobok Rezeki UMNO Masjid Tanah bersama Malakat Mall Masjid Tanah di pusat beli belah berkenaan di sini hari ini yang turut disertai Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Mengulas lanjut, Ab Rouf yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkata, pihaknya menyediakan 5,000 kilogram minyak masak untuk diedarkan kepada para pelanggan di Malakat Mall melalui program berkenaan.

“Pada peringkat permulaan kita sediakan 5,000 kilogram terlebih dahulu dan jika sambutan menggalakkan kita akan tambah lagi dengan kerjasama Malakat Mall. Kita sasarkan sebanyak 1,500 kilogram minyak masak akan diagihkan sehari bermula hari ini.

Pembelian minima RM30 akan mendapat sekilogram minyak masak dan pembelian RM50 akan mendapat dua kilogram minyak masak

“Ini merupakan program kedua sebenarnya, sebelum ini kita agihkan juadah berbuka puasa kepada masyarakat Masjid Tanah dan pada Sabtu ini, kita juga akan agihkan 15,000 papan telur untuk orang Masjid Tanah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil mengucapkan terima kasih kepada UMNO Masjid Tanah kerana memilih Malakat Mall Masjid Tanah untuk menjalinkan kerjasama bagi program CSR tersebut.

Mohd Fadzil dan Ab Rauf ketika sidang akhbar selepas program berkenaan di Malakat Mall Masjid Tanah

“Hari ini merupakan permulaan untuk kerjasama yang lebih strategik selepas ini. Terima kasih kepada masyarakat Masjid Tanah, saya juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kita akan perbaiki,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here