MKN bincang cadangan penurunan kuasa kepada JTK hari ini

0
226

CYBERJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan cadangan penurunan kuasa kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang melanggar arahan Bekerja Dari Rumah (BDR), hari ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, cadangan itu berikutan masih wujud aduan bahawa ada syarikat yang memaksa pekerja mereka datang bekerja.

Buat masa ini, peraturan tersebut terkandung di bawah Akta 342 dan hanya Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai bidang kuasa bertindak.

“Jadi, penurunan kuasa oleh KKM kepada JTK telah diluluskan di peringkat jawatankuasa teknikal dan akan dibawa ke jawatankuasa MKN petang ini.

“Jika diluluskan, JTK akan terus melakukan penguatkuasaan untuk mengkompaun majikan yang ingkar pada arahan BDR kepada pekerja mereka,” kata Saravanan, hari ini.

Majikan atau syarikat yang ingkar berdepan kompaun sebanyak RM50, 000 untuk syarikat, dan RM10, 000 bagi individu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here