
IPOH – Selepas lebih 10 hari menerima rawatan akibat Covid-19, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, hari ini menghembuskan nafas terakhir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Berita itu disahkan dalam laman Facebook Jabatan Mufti Perak sebentar tadi.
“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu sahaja meninggal dunia,” menurut hantaran itu.

Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif wabak Covid-19.
Turut disahkan positif ialah isteri Allahyarham, bagaimanapun beliau kini sudah sembuh dan berehat di rumah.-MT