Nahas LRT: Siasatan awal dapati berpunca daripada kecuaian manusia

0
198
Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC hari ini. Gambar: Farid Janudin

CYBERJAYA – Siasatan awal terhadap nahas melibatkan dua buah tren transit aliran ringan (LRT) aliran Kelana Jaya malam tadi adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Dapatan itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi satu sidang akhbar secara maya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal yang dilakukan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati, pengendali atau ‘hostler’ tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah, menyebabkannya bertembung dengan tren (TR81) yang sedang membawa penumpang.

“Tren ini telah mengalami masalah time-out dan berhenti semasa menghampiri platform stesen Kampung Baru, dan kegagalan TR40 adalah disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik memandangkan Vehicle On Board Controller (VOBC) terhenti.

“Jadi kita terpaksa mengerahkan hostler untuk memandu tren tersebut, tetapi kesilapan atau kecuaian pemandu ini adalah bawa ke arah bertentangan,” kata Ka Siong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here