Nahas LRT: Tiga mangsa alami pendarahan otak

0
118
Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC, semalam. – MALAKAT TRIBUNE/FARID JANUDDIN

CYBERJAYA – Tiga mangsa nahas pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC, semalam, mengalami pendarahan otak dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Pengarah HKL, Datuk Dr. Heric Corray, pesakit itu sudah menjalani pembedahan dan mereka kini berada dalam keadaan stabil.

“Tiga lagi penumpang dirawat di wad biasa kerana mengalami patah tulang, kecederaan di dada dan di hati,” kata Dr Heric pada sidang akhbar khas di HKL, siang tadi.

Dalam insiden semalam, sebanyak 167 penumpang sebuah LRT laluan ke Gombak mengalami kecederaan.

Dr. Heric memaklumkan, HKL mula menerima 67 penumpang yang cedera akibat kemalangan itu pada pukul 9.30 malam semalam.

“Daripada jumlah itu, 61 penumpang merupakan warga tempatan manakala lima adalah warga asing manakala seorang tidak dapat dipastikan kewarganegaraannya,” katanya.

Susulan saringan keadaan mangsa, seramai 61
daripada penumpang itu telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here