Najib sifatkan pelaksanaan PKP 3.0 ‘separuh masak’

0
117
Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan sebagai ‘separuh masak’ dan tidak akan berjaya mengurangkan kes positif Covid-19.

Beliau berkata, tindakan kerajaan mengulangi PKP tanpa melaksanakan full lockdown itu hanya melanjutkan kesengsaraan rakyat.

Katanya, kegagalan PKP mengawal peningkatan kes khususnya di Kuala Lumpur telah terbukti semasa pelaksanaan PKP 2.0.

“Pada 5 Mei, seluruh Kuala Lumpur dikenakan PKP 3.0 dari 7 Mei ke 20 Mei.

“Pada 20 Mei iaitu hari PKP 3.0 Kuala Lumpur sepatutnya tamat, kes baharu lagi tinggi berbanding masa ianya diumumkan dan bermula.

“Semalam, kes baharu masih dalam trend menaik,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.

Statistik kes Covid-19 yang dikongsikan Najib dalam hantaran Facebooknya.

Najib juga menyifatkan segala pengorbanan yang terpaksa dilalui rakyat sepanjang tempoh PKP yang lalu hanya sia-sia.

“Pengorbanan warga Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu disia-siakan sahaja. Jika kaedah terbukti gagal, kenapa diteruskan dan diulangi kegagalan?

“Yang perlu tanggung kegagalan bersambung kegagalan ini adalah Rakyat dan frontliners yang sudah diambang rebah.

“Adakah nyawa, keselamatan dan kehidupan Rakyat serta frontliners tidak lagi bermakna?

Dalam satu lagi hantaran Facebook terdahulu yang dibuat beliau, Najib memberikan contoh betapa serius dan penting pelaksanaan full lockdown dengan menjadikan negeri Victroia di Autralia sebagai contoh.

Katanya, di negeri yang mempunyai 7 juta rakyat itu, kerajaannya mengumumkan full lockdown selama 7 hari selepas 26 kes Covid-19 baharu dikesan.

“Kenaikan 26 kes ini dikatakan adalah kenaikan amat laju dan amat membimbangkan,” katanya.

Petikan berita luar yang dikongsikan Najib dalam hantaran Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here