NS benarkan 50 jemaah sahaja di masjid mulai esok

0
58
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Hanya 50 jemaah sahaja dibenarkan di masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan bermula esok hingga 7 Jun.

Menurut kerajaan negeri, jumlah yang dibenarkan itu termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau berkenaan.

Prosedur operasi standard (SOP) itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.

Beliau turut berkata, SOP itu turut terpakai bagi aktiviti solat fardhu, solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri nanti.

Bagi surau, kapasiti jemaah yang dibeanrkan adalah seramai 20 orang sahaja.

Dalam pada itu, Aminuddin turut berkata, jemaah yang dibenarkan hadir hanyalah individu yang berstatus warganegara dan penduduk tetap, dan terdiri daripada lelaki berumur 15 tahun dan ke atas.

“Setiap jemaah wajib mengisi borang kehadiran yang direkodkan oleh jawatankuasa dan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) setiap hari. Imam yang bertugas pula digalakkan membaca surah pendek.

“Manakala khutbah akan disampaikan hendaklah berpandukan teks khutbah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sahaja,” kata Aminuddin lagi dalam kenyataan itu.

Bagi amalan takbir raya pula, aktiviti itu dibenarkan di masjid, surau Jumaat atau surau lain bermula daripada waktu Maghrib, Isyak, Subuh dan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa masajid dan surau hendaklah memastikan takbir yang dilaksanakan tidak berlanjutan sehingga lewat malam.

Selain daripada itu, sebarang bentuk jamuan dan aktiviti ziarah kubur selepas solat sunat Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here