Operasi perniagaan dihadkan pukul 8 pagi hingga 8 malam

0
73
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk menghadkan operasi semua premis perniagaan bermula pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam bermula 25 Mei ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, had masa itu melibatkan seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, antara premis yang terlibat adalah kedai makan, restoran, stesen minyak kecuali di lebuh raya, dobi, kedai serbaneka, pusat beli belah dan lain-lain.

“Langkah ini diambil bagi mengawal dan mengurangkan pergerakan orang awam di kawasan-kawasan tumpuan terutamanya selepas pukul 8 malam.

Jika sebelum ini sehingga 10 malam,  tetapi untuk ketatkan SOP PKP 3.0 kita hadkan sehingga pukul 8 malam sahaja.

“Strategi ini adalah sama seperti PKP 1.0 pada tahun lalu, ini juga merupakan penambahbaikan kepada SOP yang PKP 3.0 yang telah bermula sejak 12 Mei,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, maklumat lanjut secara lebih terperinci mengenai SOP sektor ekonomi ini termasuk untuk kilang dan sebagainya akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Kerajaan meletakkan tangungjawab yang besar kepada sektor swasta untuk mengawal wabak Covid-19 daripada terus merebak. Mereka wajib hadkan jumlah pengunjung ke premis.

“Selepas ini, pemeriksaan ke premis kerajaan dan swasta akan lebih agresif bagi tingkatkan keberkesanan. Semua agensi yang ada kuasa kompaun perlu buat pemantauan SOP ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here