Orang ramai kecewa, tak sampai 5 minit sejuta vaksin AZ habis ditempah

0
491
Gambar media sosial yang menunjukkan orang ramai sudah bersiap sedia untuk mendaftar untuk mendapatkan vaksin AZ

CYBERJAYA – Berjuta-juta rakyat Malaysia kecewa apabila gagal mendaftar untuk slot suntikan sebanyak sejuta vaksin AstraZeneca (AZ) yang mula dibuka bermula pukul 12.30 tengah hari ini.

Lebih mengecewakan apabila laman web tersebut mengumumkan mengalami masalah teknikal ketika orang ramai sudah bersedia di hadapan gajet masing-masing sebelum pukul 12 tengah hari lagi.

Menurut kemaskini daripada laman Twitter Vaksin [email protected], laman tempahan janji temu vaksin AstraZeneca masih sedang dikemas kini dan boleh mula membuat tempahan slot bermula 12.15 tengah hari.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna mengalami masalah untuk masuk dan mengetik di beberapa bahagian kotak yang disediakan sehingga gagal mendaftarkan diri.

Menurut pemilik akaun Fahmi Sapari, dia hairan kenapa pengguna tidak boleh mengetik di ruangan lokasi menerima suntikan.

“Nak pilih negeri pun tak boleh, kena hacked ka?,” soalnya.

Tangkap layar dalam laman Twitter JKJAVMY yang menunjukkan luahan kekecewaan orang ramai

Dalam pada itu pemilik akaun Twitter Che Guevara kecewa apabila sistem yang sebelum ini lewat 15 minit terus mengalami masalah sehingga terdapat pengguna yang tidak boleh mengetik ruangan disediakan.

“Mula mula delay 15 minit, dah boleh masuk ‘negeri’ pulak tak boleh pick.

“Try tekan daftar suruh pilih lokasi. Lokasi pun tak boleh tekan nak pilih apanya.
Dah boleh pilih, semua penuh plak,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan ke laman web www.vaksincovid.gov.my mendapati isu yang dibangkitkan oleh pengguna ada kebenarannya.

Selain mengalami masalah kelewatan, terdapat masalah lain juga yang dihadapi pengguna seperti terdapat ruangan yang tidak boleh diketik seperti pemilihan negeri dan sebagainya.

Malah, slot untuk membuat tempatan itu juga habis dalam tempoh tidak sampai 15 minit untuk sejuta vaksin di lima lokasi yang disediakan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan lokasi yang dibuka untuk pendaftaran vaksin itu ialah di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

Untuk slot kali ini ia dibuka hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here