Padah menyamar pegawai polis untuk rentas negeri

0
141
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Hanya kerana ‘terdesak’ mahu merentas negeri, seorang lelaki warga emas ditahan selepas menyamar sebagai pegawai kanan polis berpangkat Datuk semasa membuat permohonan merentas negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 65 tahun itu hadir ke balai polis pada Jumaat untuk mendapatkan kelulusan rentas negeri.

Bagi mengukuhkan dakwaannya lelaki itu menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap polis pada skrin telefon bimbit tanpa memberi sebarang bukti identiti pegawai kanan polis ketika membuat permohonan.

“Apabila diminta mengemukakan dokumen yang membuktikan dia pegawai kanan polis, lelaki terbabit gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama malam tadi.

Beliau berkata sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan pada pukul 9.00 malam tadi kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti atau kad kuasa serta menyamar, dan dia direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here