Pakai dua lapis lebih selamat

0
79
Dr. Noor Hisham Abdullah mengenakan pelitup muka dua lapis bersama pelindung muka untuk perlindungan maksimum

CYBERJAYA – Pemakaian pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup muka jenis perubatan dapat membantu memberikan perlindungan yang maksimum.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian pelitup muka dua lapis juga adalah lebih baik berbanding pemakaian pelitup muka jenis kain semata-mata.

“ ‘Double masking’ (dengan topeng kain di atas topeng gred perubatan) membantu menyaring lebih banyak zarah daripada topeng kain sahaja. Walaupun tidak wajib bersama dengan pelindung muka, ia memberikan perlindungan maksimum,” katanya di Facebooknya hari ini.

Bersama hantaran di laman Facebook itu, Dr. noor Hisham turut menyertakan grafik berkaitan kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengenai pemakaian pelitup muka dua lapisan.

Kajian itu mendapati pemakaian pelitup muka jenis kain yang dipakai bersama pelitup muka jenis perubatan dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Turut dinyatakan dalam grafik itu panduan pemakaian dua lapisan pelitup muka yang betul, iaitu menggabungkan pemakaian pelitup muka jenis perubatan dan kain.

Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain dan sebaik-baiknya, elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.

Penggunaan pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.

Pelitup muka N95 ialah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka dan boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95 peratus partikel (sekiranya dikenakan dengan betul).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here