Palestin: Angka korban meningkat kepada 109, ada yang maut terhidu gas toksik

0
370
Keadaan bangunan di Gaza yang dmusnahkan tentera Israel

BAITULMAQDIS – Angka korban kempen ketenteraan Israel ke atas Palestin semakin meningkat iaitu mencecah 109 orang termasuk 28 kanak-kanak dan 11 wanita.

Menurut agensi berita luar negara, Kementerian Kesihatan Palestin telah mengesahkan lebih 580 rakyat Palestin turut tercedera dalam siri keganasan yang dimulakan Israel itu.

Berdasarkan perkembangan semasa, tiada tanda-tanda bahawa kempen ketenteraan rejim zionis ke atas Palestin akan berakhir dalam masa terdekat.

Di sebalik jumlah korban tinggi ini, sehingga kini tiada tanda kempen ketenteraan zionis ke atas Palestin akan berakhir dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kesihatan Palestin turut memaklumkan pihaknya menerima beberapa individu yang maut kerana disyaki terhidu gas toksik.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Al-Shefa juga mengesahkan punca kematian beberapa individu adalah disebabkan terhidu gas beracun.

Setakat ini usaha gencatan senjata oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) belum memberikan tanda-tanda kemajuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here