Panggilan telefon percuma selama 12 jam bermula 10 malam ini

0
126

CYBERJAYA – Rakyat negara ini bakal menikmati panggilan telefon secara percuma ke semua rangkaian dalam negara bermula 10 malam ini sehingga 10 pagi esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kemudahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Katanya, panggilan percuma itu bakal dinikmati semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YES.

“Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.

“Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saifuddin, kemudahan itu diharap dapat memberi peluang kepada rakyat negara ini berhubung dengan ahli keluarga dan insan tersayang ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sehingga 7 Jun ini.

Saifuddin turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada syarikat telekomunikasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan Covid-19.

“Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaikan dengan pengorbanan dan usaha semua pihak. InsyaAllah kita semua akan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup, untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here