Pasar raya milik Ustaz Firdaus Wong dimasuki pencuri

0
340
MyKampung Fresh Mart

SHAH ALAM – Pasar raya milik pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung yang terletak di Seksyen 7 di sini dimasuki pencuri hari ini.

Firdaus berkata, berita buruk itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, MRM Plus, Syed Zulkifli sebentar tadi.

“MyKampung Fresh Mart Seksyen 7 baru sahaja dirompak seorang individu berbangsa India.

“Jumlah kerugian masih belum dikenalpasti. Tiada siapa yang cedera. Alhamdulilah,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Firdaus, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, kakitangannya yang masih trauma telah diarahkan untuk pulang berehat.

Kakitangan MyKampung Fresh Mart melihat CCTV ketika pasar raya itu dimasuki pencuri

“Rakaman CCTV telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

“Untuk rakyat Malaysia tanpa mengira agama mahupun bangsa, jikalau anda kehilangan pendapatan dan kelaparan, jangan mencuri, jangan merompak atau menipu.

“Beritahu kepada kami di www.mrmcare.com dan Insya-Allah kami akan membantu semampu dan secepat mungkin. Tidak perlu merompak atau mencuri,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here