Pejuang Palestin lancar serangan dari arah Lubnan ke Israel, tiada kematian dilaporkan

0
168
Penduduk Israel melarikan diri selepas terdengar siren amaran serangan dari Lubnan, semalam

BAITULMAQDIS – Penduduk di wilayah selatan Galilee dan Haifa bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas siren keselamatan dibunyikan di bandar yang terletak di selatan Israel itu, petang semalam.

Memetik laporan media tempatan, keadaan cemas itu berlaku selepas empat roket dilancarkan dari selatan Lubnan menuju ke arah selatan negara haram itu, kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurut tentera pertahanan Israel (IDF), sebuah roket yang dilancarkan itu berjaya dipintas, sebuah lagi jatuh di kawasan terbuka manakala dua buah lagi roket jatuh ke dalam laut.

Menurut jabatan pertahanan awam Israel,
Magen David Adom (MDA), dua orang cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri manakala seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan ketika melarikan diri.

Dalam pada itu, seorang wanita berusia 43 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung ketika cuba menyelamatkan diri.

Sementara itu menurut pihak berkuasa tempatan di Haifa dan Nahariya, kali terakhir siren dibunyikan di wilayah itu ialah pada Isnin lalu selepas beberapa roket dilancarkan dari Lubnan.

Pada Isnin lalu, enam roket dilancarkan dari Rashaya Al Foukhar, utara Kfar Choub di selatan Lubnan.

Bagaimanapun serangan itu tidak menemui sasaran.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here