Pejuang Palestin tingkatkan serangan ke arah Israel, banyak premis musnah

0
1108
Sebuah kilang di pelabuhan di Ashdod dibedil oleh roket pejuang Palestin

ASHDOD – Meskipun diancam akan dimusnahkan secara besar-besaran, pejuang Palestin di Gaza langsung tidak menunjukkan rasa gentar apabila meningkatkan serangan roket ke arah wilayah negara haram Israel sejak awal pagi tadi waktu tempatan.

Terkini, sebuah bangunan setinggi enam tingkat yang turut menempatkan kediaman rakyat Israel di bandar Ashdod rosak teruk dalam serangan oleh pejuang Palestin.

Memetik laporan media tempatan, Kan News bagaimanapun tiada kecederaan ataupun kematian dilaporkan.

Sejurus selepas itu, dua lagi roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin berjaya menemui sasaran di bandar yang sama.

Salah sebuah roket itu dilaporkan mengenai sebuah kilang di pelabuhan bandar itu.

Tingkat atas sebuah bangunan yang menempatkan penduduk Israel turut menjadi sasaran serangan oleh pejuang Palestin

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan di ketiga-tiga lokasi serangan berkenaan.

Dalam satu lagi serangan berasingan, sebuah kawasan penempatan penduduk Israel di Beersheba musnah dalam serangan roket pada awal pagi tadi, menurut polis Israel.

Meskipun bangunan tersebut musnah teruk, tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, dua roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas semalam turut berjaya mengenai rumah penduduk Israel di wilayah Sderot yang terletak bersempadanan dengan Gaza.

Salah sebuah roket itu mengenai rumah penduduk dan mengakibatkan kerosakan teruk. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Sementara sebuah lagi roket berjaya mengenai sebuah stor penyimpanan barang.

Sejak 7 malam hingga 7 pagi waktu tempatan, kira-kira 200 roket dilancarkan oleh pejuang Palestin ke arah bandar-bandar Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here