Pelajar UPM gotong royong masak bubur lambuk

0
96
Prof Dr Arifin Abdu membantu mencedok bubur lambuk dalam Program Majlis Baroqah Ramadan

CYBERJAYA – Sempena bulan Ramadan ini,
pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada pelajar universiti tersebut.

Menurut UPM dalam satu kenyataan, program Majlis Baroqah Ramadan itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Pendeta Za’ba UPM.

“Program Majlis Baroqah Ramadan ini dimulakan dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk dan seterusnya agihan kepada pelajar UPM pada jam 4 petang melibatkan sembilan buah kolej kediaman UPM.

“Bahan dan peralatan masakan ditaja sepenuhnya oleh Cengkih Katering Servis manakala lokasi program diadakan di Dataran Temenggung Kolej Pendeta Za’ba,” katanya.

Pelajar UPM bergotong royong mencuci peralatan memasak

Menurut kenyataan itu lagi, turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu ; Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, Dr Mohd Hafiz Mohd Zaid; Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan, Mohammed Shukri dan Pegawai Tadbir Kolej Pendeta Za’ba, Nazaruddin Ramli.

Dalam pada itu, katanya, Arifin turut memuji kerjasama ditunjukkan oleh kedua-dua pucuk pimpinan pelajar dalam menjayakan program ini walaupun keadaan hujan renyai.

Prof Dr Arifin Abdu (dua dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada pelajar UPM

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) MPP, Muhammad Huzaifi Ismut berkata, program itu dapat mengeratkan ukhwah di kalangan pemimpin pelajar disamping menyediakan juadah berbuka puasa tradisi ini kepada pelajar yang berada di kampus dalam tempoh yang mencabar ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here