Pembela gesa kerajaan siasat NGO Malaysia terima dana dari Amerika Syarikat

0
426
Tangkap layar dana yang diberikan oleh sebuah agensi AS kepada NGO Malaysia

CYBERJAYA – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana khas dari Amerika Syarikat (AS) menerusi agensi National Endowment for Democracy (NED) baru-baru ini.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya, ini kerana terdapat NGO yang didanai itu cuba
mempromosikan’ agenda-agenda tertentu seperti ‘human rights’, polisi negara, kajian dan sebagainya yang dilihat bertentangan dengan amalan di negara ini.

“Agensi ini memang sudah lama mendanai NGO-NGO di seluruh negara kononnya untuk mempromosikan ‘pemikiran demokrasi’ dan ‘kebebasan’ tetapi kita tahu ianya lebih dari itu.

“NGO-NGO yang didanai mereka biasanya adalah NGO-NGO ‘pressure-group’ pro-liberal atau berhaluan kiri yang rapat dengan politikus-politikus tertentu.

“Di Malaysia, agensi ini juga selama ini menyalurkan dana yang banyak untuk syarikat media tertentu di Malaysia sehingga mereka menjadi media utama dan berpengaruh dalam lanskap sosial Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, terbaru, sejumlah lebih AS700,000 atau hampir RM3 juta telah disalurkan kepada NGO-NGO terpilih untuk mempromosikan agenda-agenda tertentu seperti ‘human rights’, polisi negara, kajian dan sebagainya.

Beliau berkata, tindakan itu dilihat sebagai salah satu bentuk campur tangan luar yang halus.

“Lebih-lebih lagi ianya melibatkan jutaan ringgit dan datangnya dari Amerika Syarikat yang kita tahu memang suka campur tangan urusan negara lain terutamanya negara-negara Islam.

“Ingat, antara punca kejatuhan Empayar Uthmaniyyah juga adalah kerana wujudnya organisasi-organisasi luar yang didanai oleh kuasa-kuasa besar dan aktif berkeliaran meracuni rakyat secara halus.

“Hasilnya, sistem Khalifah Uthmaniyyah digulingkan oleh rakyatnya sendiri dan diserahkan kepada kekuasaan Barat,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here