Pemberian vaksin Covid-19 diseluruh negara dijangka selesai hujung tahun ini

0
119
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan yakin menjelang Oktober ini semua negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan selesai menerima vaksin Covid-19.

Perdana Menteri berkata, bagi seluruh negara pula pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan selesai menjelang hujung tahun ini.

“Insya-Allah, menjelang akhir Jun nanti, kita mampu mencapai sasaran 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat-pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan.

“Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober,” katanya dalam Perutusan Khas Bantuan Perintrah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merayu kepada semua yang telah mendapat tempahan vaksin untuk hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin yang ditetapkan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

Pada masa sama, katanya kerajaan juga akan membantu golongan warga emas dan mereka yang tinggal jauh daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk hadir menerima vaksin.

“Saya juga mendengar keluhan rakyat, terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh yang mengalami kesukaran untuk hadir ke PPV.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan supaya aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi tujuan ini. Saya amat mengalu-alukan kerjasama pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat awam untuk turut menggiatkan usaha ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here