[VIDEO] Pemimpin nombor 2 Hamas muncul pertama kali dikhalayak selepas serangan rejim memusnahkan rumahnya

0
709
Yahya Sinwar (kanan) menemui penyokongnya di Gaza semalam

GAZA – Tanda tanya sama ada ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar selamat atau tidak dalam serangan udara rejim Zionis baru-baru ini terjawab selepas beliau muncul di hadapan khalayak tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Memetik laporan media tempatan, Sinwar yang juga Ketua Biro Politik Hamas muncul buat pertama kali semalam selepas gencatan senjata antara Palestin dan Israel.

Kehadiran beliau yang turut disambut penyokongnya adalah bagi menemui keluarga pejuang Palestin yang syahid melawan tentera rejim baru-baru ini.

Sinwar yang merupakan pemimpin nombor dua Hamas merupakan individu yang sangat dikehendaki oleh Israel kerana memainkan peranan penting dalam menyerang negara haram Israel ketika berlaku pertempuran selama 10 hari itu.

Sebelum ini, Sinwar yang juga bekas komandan cabang tentera Hamas, menjalani hukuman lebih 20 tahun di penjara Israel sebelum dibebaskan pada 2011 menerusi pertukaran tahanan.

Beliau dipilih sebagai Ketua Sayap Politik Hamas di Gaza pada 2017, sebelum dilantik semula pada Mac lalu untuk terus mengetuai gerakan pejuang Islam di Gaza.

Pemimpin utama Hamas iaitu Ismail Haniyeh, kini berpusat di Qatar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here