Tempahan untuk vaksin Astra Zeneca dibuka esok

0
86
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tempahan untuk menerima vaksin jenis Aztra Zeneca akan dibuka bermula esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

“Astra Zeneca akan dibuka esok, 2 Mei 2021.Tempahan adalah berdasarkan “first-come first served basis”,” katanya.

Dalam pada itu menerusi satu poster yang dimuatnaik beliau, hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menempah.

Tempahan untuk vaksin Astra Zeneca

Selain itu, vaksin itu juga hanya disediakan untuk mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, mereka yang berminat boleh menempah di www.vaksincovid.com.my dan tempahan itu hanya dibuka kepada mereka yang tekah berdaftar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here