Pengecualian sewa untuk peniaga Pasar Harian Selayang sehingga hujung tahun

0
46

KUALA LUMPUR – Sewa peniaga Pasar Harian Selayang, di sini akan diberikan secara percuma sehingga akhir tahun ini, demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan Twitternya.

Beliau berkata, kelonggaran yang diberikan itu bertujuan meringankan bebas ditanggung golongan peniaga ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 Jun ini.

Katanya, bantuan itu turut melibatkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini.

“Saya ada menerima permohonan untuk turunkan sikit kadar sewa yang dikenakan. Kita putuskan untuk beri percuma, tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun. Semoga itu membantu..Allah memberkati,” katanya.

Pasar Harian Selayang akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu pada hari Selasa ini, manakala operasi pasar sementara di kawasan itu akan ditamatkan pada Isnin.

Sementara itu Annuar berkata, inisiatif Trak Vaksin Bergerak [email protected] yang diumumkan sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada akan diteruskan walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang mula dilaksanakan Selasa ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here